31 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI NAZIM OTHMAN & BELLA DALLY
Majlis resepsi sebelah pihak lelaki bagi pasangan Nazim othman dan Bella Dally telah berlangsung semalam di di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.
Majlis bertemakan kontemporari tradisional itu menyaksikan Nazim yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya ke-32 pada 16 September lalu dan isterinya, Bella Dally, 25, mengenakan busana ciptaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini dan sentuhan solekan Sheila Mohamad.
Adik bongsu kepada ibu Nazim pula menaja pelamin daripada butik yang diusahakannya, Prettyphannatiq Weddings.
"Alhamdulillah tak ada apa yang saya mahukan lagi. Saya cuma berharap kebahagiaan yang baru dikecapi ini akan terus berpanjangan sampai bila-bila... Insya-Allah.
"Saya masih terharu dan gembira kerana isteri boleh menerima diri yang 'gila-gila' dan 'sasau' ini seadanya. Pada masa sama saya juga gementar melalui fasa baharu ini.
"Namun, saya tetap optimis untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Perkahwinan ini perkara yang Allah tentukan," ujar Nazim dipetik sebagai berkata.
Selesai majlis perkahwinan mereka, Nazim berkata yang dia akan kembali ke set penggambaran drama 'Lara Aisyah' yang sedang disiarkan Astro.
Nazim memberitahu, drama itu dijangka tamat pada akhir tahun dan hanya selepas itu, dia bersama Bella akan memilih destinasi berbulan madu.
"Ketika ini, kami tak putuskan lagi lokasi bulan madu. Mungkin Istanbul atau Greece. Saya juga tak akan halang isteri terus berlakon," katanya yang mahu Bella menjaga status diri sebagai isteri.
Antara artis yang hadir pada majlis resepsi itu adalah Fasha Sandha dan Dayang Nurfaizah yang turut menghiburkan tetamu.
Nazim dan Bella bernikah pada 10 September lalu di Sabah.
Sumber asal: myartis.com
0 Response to "BAPAK GEMPAK&COOL HABIS!! Jom lihat 31 foto eksklusif sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Nazim Othman&Bella Dally bertemakan "Kontemporari Tradisional" yang cetus sejarah&fenomena baru perkahwinan artis Malaysia!! Lihat foto no.#1 & #16, & #22 tu paling Memukau&bikin Terbeliak mata melihat sekali!!! Foto no.#18 tu paling "Epik" & "Satu dalam seribu" sekali dalam resepsi penuh gemilang tersebut!!!"
Post a Comment